Lokasi persidangan akan diadakan di
Bermula dengan pemandangan sawah padi yang mempesonakan, Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar menguasai kedudukan dalam hab perniagaan, beli-belah, restoran di Alor Setar. Hanya sejauh 0.5 km, hotel bertaraf 4 bintang ini boleh diakses dengan mudah dari lapangan terbang. Dengan lokasi yang mudah, penginapan ini memberikan akses mudah ke tempat yang anda perlu lawati di bandar.
Panggilan Kertas Kerja:
1 Disember 2022
Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak:
28 Februari 2023
Notis Penerimaan Abstrak:
Mac 2023
Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Kerja Penuh:
30 April 2023
SKSM30 :
26-27 September 2023
Simposium Kebangsaan Sains Matematik (SKSM) merupakan program tahunan Persatuan Sains Matematik Malaysia dengan kerjasama Universiti Awam di Malaysia. Simposium ini menghimpunkan cendekiawan Sains dan Matematik dalam negara dan luar negara bagi membentangkan hasil penyelidikan terkini. Ianya bertujuan untuk memperkasakan Sains Matematik dan aplikasinya di Malaysia, menerusi perhimpunan dan perbincangan idea-idea inovatif di kalangan ahli akademik, dan
pakar-pakar, saintis, penyelidik di seluruh negara yang terlibat dengan Sains Matematik. SKSM30 merupakan antara wadah besar bagi ahli sains dan matematik daripada pelbagai varian bidang di Malaysia berkumpul, bertukar-tukar fikiran, menjalinkan hubungan kerjasama untuk kebaikan bersama khususnya dalam memartabatkan ilmu sains dan matematik kebangsaan. Pada edisi yang ke 30 ini, Universiti Malaysia Perlis menerusi Institusi Matematik Kejuruteraan telah dipilih bagi menganjurkan seminar ini.
Membentangkan penemuan terkini penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan matematik.
Sebagai tempat pertemuan dan perkongsian ilmu serta maklumat di kalangan cendikiawan dan akademik.
Mengenal pasti projek-projek strategik jangka panjang yang boleh dibangunkan bersama.
Memaklumkan kepada masyarakat tentang peranan IMK dan bidang-bidang teras penyelidikan yang dijalankan.
Kertas Kerja penuh akan dinilai dan dipertimbang untuk diterbitkan di dalam jurnal/prosiding berikut:
Prof. Dr. Siti Aishah Hashim Ali merupakan Pengurus Besar (Pengalaman Pelajar dan Teknologi) di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Sebelum ini, Prof. Siti Aishah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Terbuka Antarabangsa (IOC) yang mana kolej itu merupakan satu kolej di bawah OUM. Beliau bertanggungjawab menguruskan kolej antarabangsa untuk menjalankan semua program akademik sehingga pengurusan kolej. Sebelum beliau menyertai OUM, Prof. Siti Aishah telah bekerja di Universiti Malaya selama 21 tahun. Beliau telah memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang matematik gunaan di Universiti Malaya pada tahun 2004. Bidang pengkhususan beliau adalah permodelan matematik, matematik kejuruteraan dan matematik gunaan (PDE, ODE , Kalkulus, Vektor, Sistem Tak Linear).
804 total views, 1 views today